Kenali Team Ekin Wellness |
![]()
Impian saya utk membina satu kumpulan usahawan yang berfikiran terbuka, mempunyai semangat juang yang tinggi, berdaya saing di dunia perniagaan, mencintai majlis ilmu, jujur, bermaruah, sanggup berkorban masa, harta dan perasaan demi memburu sebuah kejayaan...
Team Ekin Wellness terdiri dari Usahawan Internet dari pelbagai bidang perniagaan yang saya kenali selama saya menjalankan perniagaan secara online. Kebanyakan sahabat-sahabat ini saya kenali dari forum melayu.com, wanitamelayu.com dan juga forum cari.Ada juga di kalangan mereka pada peringkat awal hanyalah pelanggan dari website saya - www.kedai2ekin.com dan kemudiannya berminat menjadi usahawan setelah melihat kejayan saya di dalam perniagaan ini. Menjalankan perniagaan secara online sepenuh masa menuntut saya untuk berikan komitmen 100% atas setiap yang saya lakukan. Saya sedar setiap hari semakin ramai Usahawan Internet muncul dengan idea baru yang lebih bernas dan website yang semakin canggih. Saya percaya hanya dengan menghadiri majlis Ilmu dan berkawan dengan orang yang telah berjaya dan positif mampu membuatkan saya akan terus maju dan bertahan dalam perniagaan ini. Sebagai seorang usahawan, saya amat mementingkan ilmu dalam perniagaan. Saya banyak membaca buku mengenai keusahawanan dan juga menjalankan perniagaan melalui internet. Salah satu tips menarik dari Jutawan Internet, Dr Irfan Khairi ‘ Produk informasi adalah produk paling laris di Internet. Ciptakan produk informasi yang berkaitan dengan bidang anda dan perolehi pendapatan yang berterusan dari hasil jualannya di Internet ‘. Ini adalah antara tips yang saya praktikkan telah terbukti memberikan kesan yang amat positif dan saya mampu berdaya saing walau begitu ramai menjual Rxlite secara online. Saya selalu menggalakkan dan mendidik rangkaian saya untuk mencintai dan sentiasa menghadiri majlis ilmu sekiranya mereka ingin berjaya dalam perniagaan ini. Saya bersyukur kerana Team Ekin Wellnes terdiri dari mereka yang memang sangat komited dalam perniagaan ini dan sentiasa menghadirkan diri dalam apa juga program yang dianjurkan oleh pihak Syarikat. Komitmen mereka terbukti apa bila Team Ekin Wellness mampu melahirkan 16 Mobile Stokist dalam masa 7 bulan. Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang.. Saya dgn rendah hati memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana menemukan saya dengan perniagaan WWN..Saya amat bersyukur pada Allah kerana mengurniakan saya rangkaian sahabat dan rakaniaga yg Hyperaktif dalam perniagaan WWN, sentiasa bersemangat dan mendengar kata.. ;P Kita tak mampu mengubah sejarah, tapi kita mampu mencipta sejarah.. hasil dari kerjasama kita dalam satu Team, maka lahirlah Crown Manager Wanita terpantas dalam sejarah Worldwellness Network yang hanya mengambil masa 7 bulan saja utk mencapai ke takhta ini. Kejayaan ini adalah milik kita bersama! Tahniah utk Diamond Manager, Emerald Manager dan Pearl Manager Team Ekin Wellness. Maaf ada antara mereka tidak masuk dalam senarai kerana saya takde gambar anda.
|